Sunday, September 5, 2010

1..2..3... makin berlalu...

RAMADHAN MULA MERANGKAK PERGI....

- Hari ini Ramadhan yang ke 26- Alhamdulillah masih lagi berada dalam mood menegjar lailatul-qadar
- Rumah belum lagi habis dikemas. Ayah masih mengecat. Ibu pun sama juga. Dapur berbau biskut bakar. Saya belajar banyak tentang buat biskut raya meskipun ini bukan kali pertama buat biskut raya ;-)
- Assignment saya letakkan sekejap di tepi. Selepas habis PBS saya tak sempat membukanya lagi. Sudah pulang ke rumah tak sampai hati meemrap di bilik membuat kerja sedangkan yang lain bertungkus lumus untuk persiapan.
- Rabu- Insyaallah Lenggeng(kampung) menggamit di hati. Perjalanan pulang yang dinanti!
- Semalam berbuka di rumah Tok. Subhanallah, bau aura Tok masih ada - selepas hampir setahun tok mengadap ilahi. Saya terdiam lagi - banyak cerita bersama Tok Hatiah...

- Tadi acik din YM: nak resepi kuih siput:
Jadi untuk acik; ni RESEPI ATAM ;;;;


BAHAN A
• 600 gm tepung gandum
• 3 biji telur
• 1 cawan santan pekat
• 1 cawan margerin
• Garam secukup rasa ( campur dengan air bagi jadi air garam sikit)
BAHAN B
• Jintan manis 1 sudu makan (agak2)
• Setengah sudu jintan putih
• (dua2 bahan kat atas dimesin kering/ditumbuk)

Cara-cara
1. Campurkan semua sekali dan gaul semua bagi sebati (BAHAN A&B)
2. Kalau keras tambah air sikit
3. Goreng dalam minyak sederhana panas, apabila hamper garing masukkan daun kari.
4. Angkat apabila sudah kekuningan, sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

( HAK CIPTA TERPELIHARA- RESEPI ATAM LENGGENG, N9)

No comments: