Sunday, August 30, 2009

Tarbiyahkan diri, Didiklah hati

Alhamdulillah- Sudah 9 Ramadhan kita menyambutnya. Syukur kerana saat ini saya masih sempat menegtuk kekunci keyboard dan menunaikan beberapa amanah yang diberikan. Tugasan yang menuntut disiapkan tepat pada waktunya menanti seperti pemancung leher yang bila-bila masa sahaja akan menetak ketenangan saya.

Jumaat lalu kami berkumpul beramai-ramai sempena majlis berbuka puasa. Ayah sudah tentu yg paling sibuk dan lelah melayan karenah adik-adik dan anak-anak saudaranya. Saban tahun begitulah yang akan dilakukan ayah. Berbuka puasa di rumah kami adalah satu rutin. Kebetulan atuk masih lagi dalam keadaan kurang sihat. Penuh juga bilik atuk dipenuhi anak-anak perempuan dan juga cucu-cucunya. Bezanya tahun ini saya mengambil peranan bakar-membakar di luar rumah bersama PaK Su Bakhi dan Shukor. Habis ikan-ikan kami kerjakan sehingga rentung. ( hiperbola shj- tapi makan semua jilat jari hehehe)

Dalam banyak- banyak kenangan yang tertinggal di hari kenduri, sehinggalah waktu sahur ( krn Pak Su Bakh& keluarga dan Mak Teh Syah bermalam dirumah) ada satu yang menyentuh pemikiran saya. Yang menyebabkan saya terfikir-fikir sehingga waktu ini. Mudah tapi membuatkan saya terfikir.....

Waktu: 5.00 pagi
Lokasi : Atas kediaman Teratak Bahagia

Sebetulnya saya turun ke bawah untuk menolong ibu di dapur. Tidak lalu untuk menjamah makanan saya hanya mengambil 2 biji kurma, segelas milo dan baki 2 ketul donat seaktu kenduri sebagai santapan sahur. Saya naik ke aras atas dan memerhati sesosok tubuh kecil bertelekung sedang khusyuk bersembahyang.

Saya : Kakak ( panggilan untuk anak Pak Su yang sulung) baru sembahyang Isyak?
Kakak : Taklah, kakak sembahyang sunat.
Saya : Sunat apa ( saya sengaja bertanya )
Kakak: Solat sunat tahajud ( dia senyum sambil lipat telekung)
Saya: Dah makan sahur?
Kakak : Belum
Saya: Pergilah makan kat bawah.


Saya terdiam dan ligat berfikir. Saya bukan bercakap dengan kakak yang berumur 15 tahun, 17 tahun mahupun 20 tahun. Saya bercakap dengan kakak yang baru berumur 10 tahun. Belum mencapai akil baligh dan masih berada di sekolah rendah!

Saya tahu ianya mugkin biasa bagi mereka yang sudah mempunyai anak-anak kecil yang sedia terlatih. Bahkan ianya bukan berlaku pada anak-anak ustaz-ustazah. Mungkin biasa di pandangan mata orang ramai namun bagi saya kekaguman saya pada kecilnya kakak tapi besarnya hatinya amat mengesankan jiwa saya.

Saya terfikir betapa didikan abi dan umminya dalam mentarbiyah kakak dan adik-adik yg lain sebegitu rupa Begitu sekali didikan yang diterima. Kerana tarbiyah ini bukan sahaja dari segi percakapan tetapi juga perbuatan.

Peristiwa itu cukup meninggalkan kesan yg mendalam dalam diri saya. Jika diteliti kembali ke dasar diri saya 10 tahun yang lalu, saya bukanlah sepertinya. Mungkin ketika itu saya tidak tahu bahawa bangun sepertiga malam itu adalah qiammullail. Ataupun saya juga tidak tahu solat sunat selepas tidur di tgh malam itu tahajud namanya. Dan sehingga waktu ini juga saya berfikir. Kudrat kekuatan Allah berikan dan gerakkan pada hati kakak itu adalah kuat untuk kenal diri sebagai hamba seawal usia sebegitu. Kerana sehingga umur saya menginjak ke angka baru ini, saya juga seringkali culas dlm bertahajud.

Sehingga waktu ini saya masih lagi berfikir. Alhamdulillah, peristiwa itu Allah kirimkan untuk saya hayati dan fahami isinya. Peristiwa itu menjadikan saya lebih bermotivasi. Juga menjadikan saya berfikir bahawa jika kakak yang seawal usianya itu bangun mengejar tahajud melebihi makan sahur apakan tidak saya pula sebegitu?


Hati saya berdetik: Kadang-kadang ALLAH kirimkan pada kita peristiwa yang
singkat untuk kita terus berfikir Kebesaran-NYA

Monday, August 24, 2009

SIMFONI RAMADHAN... 3 RAMADHAN-



RAMADHAN..

Telah mengetuk setiap hati

basah dijirus tarbiyah

mengalir alir rindu

di aliran jiwa tandus


RAMADHAN

bertamu di rumah-rumah sepi

mengejutkan si rawan

dengan suluhan permai cahaya

mengibarkan sayap istiqamah

mengucup mardotillah..


RAMADHAN ini

tinggalkan nafsu berantai sabar

buangkan mazmumah di kalung mahmudah

segala prasangka dan tohmah

tambatkan di luar jasad manusiawi


RAMADHAN ini

satukan Ya Rahman

dengan sifat Rahim- MU

agar aku tega berdiri

menghadap wajah diri seorang abdi

andai ramadhan yang bertamu

tidak ketemu sesudahnya detik

yang telah pasti

Jadikan Ramadhan ini madrasah tarbiyah

juga bekalan perjalanan

kelelahan perjuangan

menuju kebahagiaan..


Amin..





Buat semua yg sudi berkunjung di blog ini- penuh sesawang yg belum dibersihkan. Terbiar dan bersendirian. Jika masa yang dipersalahkan, tiadalah diri ini menghirup udara percuma pemberian ALLAH. Jika keadaan yang dipertaruhkan, bukanlah tiada keupayaan Iradat pemberian Rahman ALLAH. lalu ... tidak pula kumahu coretkan. Biar sebanyak mana cerita dan kisah perjalanan hidup ini- masih banyak yang mahu dikongsi bersama. Izinkan saya belajar ilmu "tekno-meneklogi" ini.





Sekian banyak masa yang dilaburkan, dan keadaan yang cuba kupintalkan. Cerita yang kukutip di lautan pengalaman juga kisah pelbagai ceritera teman-teman. Masih juga penaku kaku dan fikiran ini kosong. Sahabat, doakan ku bangun dari mimpi dan angan-angan panjang.





MAAF ATAS KONDISI YG TAK MENGIZINKAN..


JAZAKALLAHU KOIRAN KASIRA JAZA'


UNTUK SEGALA DOA, HARAPAN, IMPIAN DAN PERTOLONGAN KALIAN


MOGA RAMADHAN INI PENCETUS SEMANGAT BARU KEPADA PERUBAHAN....