Monday, February 16, 2009

cerita tiga minggu yang lalu

Alhamdulillah...

Hamdallah adalah yang terbaik dapat saya nyatakan selepas berperang dengan pelbagai perasaan. Perasaan dan kelelahan. Pada hari Jumaat dan Sabtu (13 DAN 14 FEBRUARI) saya berkesempatan mengikuti perlawanan bola jaring yang diadakan di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah. Seronok! Itu yang dapat saya nyatakan. Seronok bukan kerana saya gembira meninggalkan kelas dan kuliah tetap seronok saya dapat menimba pengalaman baru ang penuh bermakna.



Bermakna! kerana saya memperolehi pengalaman baru. Bermakna kerana saya lebih mengenali manusia di atas bumi ciptaan ALLAH ini yang pelbagai. Dan seronok kerana pengalaman dan penilaian yang saya lakukan banyak mengajar saya tentang erti hidup. Bukankah pengalaman itu sebaik-baik sekolah kehidupan?



Lalu saya merebut peluang selama dua hari di Pendang. Jumaat, awal-awal pagi kami sudah bertolak. Institut membawa 4 pasukan. 2 pasukan lelaki ( Jargon dan Jagung ) dan 2 pasukan perempuan ( Faboulous Girl dan Fantaboulous ) . Seumur hidup saya inilah kali pertama saya berpeluang memerhati dengan lebih dekat bagaimana kaum adam yang telah biasa menyepak bola dan menjaringkan gol menggunakan kaki di padang akan melambung dan menjaringkan gol menggunakan tangan di padang. Kelakar pula melihat gaya dan cara senior lelaki bermain bola jaring. Peraturan dan teknik menjadi bebas. Beberapa kali tiupan daripada pengadil membetulkan permainan. Kesalahan-kesalahan yang biasa dalam permainan bola jaring dan sentiasa berulang. Stepping, contact, overcourt, dan juga dropball.



Jika pasukan lelaki di pihak lawan berpengalaman selama 2 atau 3 tahun, pasukan senior lelaki nstitut hanya berpengalaman 2 dan 3 hari sahaja. Itupun latihan mengenai asas sebelum hari-hari perlawanan bermula. Tetapi saya yakin senior-senior yang menyertai ini sudah tentu menghadami teknik dan asas permaianan secara teori memandangkan mereka wajib mengambil permainan bola jaring dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Kerana mereka mengambil subjek PJ sebagai major, tidak hairan semua permainan perlu dihadami sebaik mungkin.



Mungkin kehadiran saya sebagai pemerhati (kerana saya sekadar pemain simpanan) dan pengalaman pertama bermain mewakili institut membuatkan saya belajar bermacam perkara. Kerana saya berjmpa dengan golongan-golongan yang tidak mengenali identiti dirinya. Berada dalam keadaan yang mengelirukan manusia dan di alam persimpangan. Biarlah saya memanggil mereka dengan golongan keliru identiti ( GKI ).

Seorang kawan bertanya saya andai dia jatuh cinta dengan golongan sebegini, bagaimana? . Saya cuma tersenyum. Sebenarnya itulah yang terlintas di hati saya andai persoalan itu tejadi benar-benar pada diri saya. Saya tak pasti untuk berkata apa-apa. Cuma saya katakan perlu bermuhajadah untuk bawa golongan ini kembali ke jalan yang benar. Mungkin kesabaran itu penting. Mereka sebenarnya keliru dan tersepit. Perlu ada yang mengawal dan memerhati. Kerana mereka juga manusia yang mempunyai fitrah kembali kepada manusia dan ciptaan sempurna sebagai seorang hamba. Hamba kepada Yang Maha Berkuasa.


Mereka mempunyai wajah-wajah yang dirias dan bentuk fizikal yang menyerupai kaum hawa. Kadang-kadang saya menggeleng melihat aksi-aksi lembut mereka. Kasihan! Kerana mereka sebenarnya dicipta untuk melindungi kaum hawa bukannya dilindungi. Mereka dicipta dengan segala kudrat dan kekuatan untuk bekerja keras bukannya kelembutan dan kelemahan perasaan. Mereka berbangga untuk mempunyai nama-nama perempuan dan mereka berada dalam kelompok yang terasing.

Satu persoalan saya, andai negara ini memerlukan tenaga mereka sebagai seorang mujahid mempertahankan tanag air apakah mereka akan turut serta?

Sunday, February 8, 2009

BERPERANG...!!!!!!!!

Minggu ini ditutup dengan rasa yang pelbagai. Program yang menanti dengan lambakan tugasan oleh pensyarah-pensyarah. Ah! bakal cikgu seharusnya lebih bersedia dengan segala macam kerja dan karenah. Kerja yang bukan boleh ditangguh-tangguh ataupun dilakukan sambil lewa. Saya lari pulang ke rumah. Ada juga keluarga angkat di Ulu Bakai bertanya khabar dan menjemput ke rumah. Saya menolak. Minggu ini perlu saya susun dengan teliti sebenarnya...

P.A.D.A.T jadual saya seminggu yang lalu. Berserabut pula bila memikirkan kerja yang dilakukan last minute. Itu belum dikira jika mempunyai kerja "bidan terjun" yang menghambat diri. Jadual kerja? Wah! bila pula saya menyusun jadual seharian saya dengan sempurna? Itulah pengajaran yang perlu diambil apabila tidak mematuhi perancangan yang dirancang. Gagal merancang, merancang kegagalan. Tapi itulah, bagaimanapun merancang dengan teliti, semuanya atas keizinan ALLAH. Sudah ALLAH tetapkan segalanya.

Paperwork, assignment tenis, kerja Mama Hanunah, BMK, BM, dan novel. The Prince and The Pauper, yang masih merangkak-rangkak untuk membacanya. Sabar jelah...

Semester ini pula memerlukan fitness dan daya tahan badan yang tinggi. Ini semua kerana Pendidikan Jasmani yang menunggu untuk dihadami soal kesihatan dan senaman. Apabila terdengar rungutan adik-adik sekelas yang kelelahan dan kesakitan ( kaki, tangan mahupun kepala) membuat aktiviti, saya sekadar senyum sahaja. Senyum yang penuh makna. Kerana mereka tidak tahu pada hari Isnin malam saya berada di gimnasium untuk silat, petang selasa berada di padang untuk bola jaring, malamnya saya kembali ke gelanggang silat dan esoknya berkejaran ke kelas Pendidikan Jasmani.

Tapi, mujur juga ketika mereka berlari dan "bermain" bersama Encik MBO, saya dan 5 org kawan lain mengambil peralatan sukan di stor. Seronok sebenarnya menyertai segala aktiviti di maktab. Carilah peluang yang ada dan rebutlah!

Ketika mengingatkan perkataan " Merebut peluang! " saya cuma mampu menahan getaran yang hebat di dada. Saya mengikuti perkembangan setiap ahli keluarga MPR 2008 sebenarnya dari jauh. Mesej dari Kak Nas juga tidak saya buang sehingga sekarang. Saya simpan dahulu. Saya menjenguk karya raehan intisor dan adik faisal kelantani yang berjaya menembusi akhbar berita harian. Saya menjadi penunggu setia Nasi Lemak Kopi O di TV 9 menyaksikan wajah adik Eya di kaca televisyen, memperkenalkan 3 buah novel yang sudah diterbitkan. Saya takkan berhenti membaca. Saya diam. Saya tak mampu untuk berkata apa-apa.

"REBUT PELUANG!!!"

Saya masih lagi tak tahu untuk berkata apa-apa. Saya cuma mampu berdiam seperti manusia jumud yang tidak mengenali dunia penulisan lagi. Tapi saya masih punya banyak tulisan tangan yang terperam. Diperam sehingga sudah masam dan tengik. Saya seperti baru keluar dari dunia sihir yang mengikat tangan saya. Menjerut leher dan menyumbat mulut saya. Biarpun hati saya bebas bersuara, saya tersepit. Saya akuinya... dan sekarang saya cuba berlawan dengannya.

Saya takkan menyalahkan waktu yang singkat ini kerana tidak menghantar sebarang karya. Saya menulis dan menulis. Kadang-kadang saya rasa keseorangan dan sunyi. Saya rasa seperti ditinggalkan sedangkan saya yang meninggalkan. Saya rasa seperti sudah terlambat, sedangkan saya belum lagi bermula. Saya sebenarnya masih lagi berperang sekarang....

BERPERANG MELAWAN DENGAN DIRI SENDIRI
BERPERANG!
BUKAN UNTUK MENANG
TETAPI UNTUK KEYAKINAN
BERPERANG
BUKAN UNTUK DITAWAN
TAPI MENAWAN
BERPERANG BUKAN UNTUK BERLAWAN
TETAPI UNTUK MEMPERTAHANKAN...

Saya perlu bantu diri saya....
setelah dua bulan yang sunyi... dan sepi

DOAKAN SAYA
DOAKAN SAYA
SAYA SEDANG BERJUANG!