Monday, February 16, 2009

cerita tiga minggu yang lalu

Alhamdulillah...

Hamdallah adalah yang terbaik dapat saya nyatakan selepas berperang dengan pelbagai perasaan. Perasaan dan kelelahan. Pada hari Jumaat dan Sabtu (13 DAN 14 FEBRUARI) saya berkesempatan mengikuti perlawanan bola jaring yang diadakan di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah. Seronok! Itu yang dapat saya nyatakan. Seronok bukan kerana saya gembira meninggalkan kelas dan kuliah tetap seronok saya dapat menimba pengalaman baru ang penuh bermakna.



Bermakna! kerana saya memperolehi pengalaman baru. Bermakna kerana saya lebih mengenali manusia di atas bumi ciptaan ALLAH ini yang pelbagai. Dan seronok kerana pengalaman dan penilaian yang saya lakukan banyak mengajar saya tentang erti hidup. Bukankah pengalaman itu sebaik-baik sekolah kehidupan?



Lalu saya merebut peluang selama dua hari di Pendang. Jumaat, awal-awal pagi kami sudah bertolak. Institut membawa 4 pasukan. 2 pasukan lelaki ( Jargon dan Jagung ) dan 2 pasukan perempuan ( Faboulous Girl dan Fantaboulous ) . Seumur hidup saya inilah kali pertama saya berpeluang memerhati dengan lebih dekat bagaimana kaum adam yang telah biasa menyepak bola dan menjaringkan gol menggunakan kaki di padang akan melambung dan menjaringkan gol menggunakan tangan di padang. Kelakar pula melihat gaya dan cara senior lelaki bermain bola jaring. Peraturan dan teknik menjadi bebas. Beberapa kali tiupan daripada pengadil membetulkan permainan. Kesalahan-kesalahan yang biasa dalam permainan bola jaring dan sentiasa berulang. Stepping, contact, overcourt, dan juga dropball.



Jika pasukan lelaki di pihak lawan berpengalaman selama 2 atau 3 tahun, pasukan senior lelaki nstitut hanya berpengalaman 2 dan 3 hari sahaja. Itupun latihan mengenai asas sebelum hari-hari perlawanan bermula. Tetapi saya yakin senior-senior yang menyertai ini sudah tentu menghadami teknik dan asas permaianan secara teori memandangkan mereka wajib mengambil permainan bola jaring dalam sukatan Pendidikan Jasmani. Kerana mereka mengambil subjek PJ sebagai major, tidak hairan semua permainan perlu dihadami sebaik mungkin.



Mungkin kehadiran saya sebagai pemerhati (kerana saya sekadar pemain simpanan) dan pengalaman pertama bermain mewakili institut membuatkan saya belajar bermacam perkara. Kerana saya berjmpa dengan golongan-golongan yang tidak mengenali identiti dirinya. Berada dalam keadaan yang mengelirukan manusia dan di alam persimpangan. Biarlah saya memanggil mereka dengan golongan keliru identiti ( GKI ).

Seorang kawan bertanya saya andai dia jatuh cinta dengan golongan sebegini, bagaimana? . Saya cuma tersenyum. Sebenarnya itulah yang terlintas di hati saya andai persoalan itu tejadi benar-benar pada diri saya. Saya tak pasti untuk berkata apa-apa. Cuma saya katakan perlu bermuhajadah untuk bawa golongan ini kembali ke jalan yang benar. Mungkin kesabaran itu penting. Mereka sebenarnya keliru dan tersepit. Perlu ada yang mengawal dan memerhati. Kerana mereka juga manusia yang mempunyai fitrah kembali kepada manusia dan ciptaan sempurna sebagai seorang hamba. Hamba kepada Yang Maha Berkuasa.


Mereka mempunyai wajah-wajah yang dirias dan bentuk fizikal yang menyerupai kaum hawa. Kadang-kadang saya menggeleng melihat aksi-aksi lembut mereka. Kasihan! Kerana mereka sebenarnya dicipta untuk melindungi kaum hawa bukannya dilindungi. Mereka dicipta dengan segala kudrat dan kekuatan untuk bekerja keras bukannya kelembutan dan kelemahan perasaan. Mereka berbangga untuk mempunyai nama-nama perempuan dan mereka berada dalam kelompok yang terasing.

Satu persoalan saya, andai negara ini memerlukan tenaga mereka sebagai seorang mujahid mempertahankan tanag air apakah mereka akan turut serta?

2 comments:

Zarpeno said...

sebabtu lah kami kena belasah.heheh

Zarpeno said...

http://zarepan.blogspot.com/2009/02/netball.html