Sunday, January 10, 2010

10 HARI INI ..

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

10 HARI

Alhamdulillah sudah 10 hari berada dalam tahun baharu masihi. Di tahun baharu inilah banyak perkara yang berlaku. Kesempatan yang terhad. Biarpun begitu masih banyak yang perlu dibicarakan.

Belum habis isu Kartika yang penuh polemik di tahun 2009, beberapa hari bermulanya langkahan ke tahun baharu, isu kalimah ALLAH menjadi perbualan hangat di media-media tempatan tidak kiralah media cetak mahupun media massa. Penggunaan kalimat ALLAH dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly. Pada 31 Disember tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan, dalam keputusan lisannya menegaskan bahawa Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah itu dalam majalah berkenaan. Demonstarasi, rayuan mahkamah, campur tangan PM, dan sehinggalah titah seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong agar semua pihak sentiasa menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia. Tiada apa yang membezakan antara isu yang dibangkitkan tahun sebelumnya mahupun tahun ini – Semuanya sekitar SYARIAH & ISLAM. TOLONG BANGUN UMAT ISLAM! JANGAN DIBUAI RASA INDAH BELAKA!


Boleh dikatakan 10 hari ini, menjadikan saya seorang pembaca yang setia. Tidak pernah saya membaca surat khabar daripada satu tajuk ke satu tajuk yang lain melainkan hanyak selak-selak sahaja. Itu belum diceritakan perihal gula yang naik 20 sen yang juga menjadi perbincangan antara kami dan pensyarah. Satu yang menarik perhatian saya ketika membaca semua isu tersebut, adalah satu berita penahanan seorang bapa yang ditahan atas tuduhan mencederakan anak perempuannya yang baru berusia 15 tahun. Namun yang menjadi perhatiannya ialah, seterika yang terkena di badan anaknya bukanlah ditekapkan oleh si bapa tetapi terjatuh daripada papan seterika ketika si anak mengelak daripada pukulan bapanya. Semuanya kerana anak perempuan yang baru mengenal dunia remaja itu mengecilkan baju sekolahnya untuk kelihatan seksi. Si anak telah ditahan di hospital manakala si bapa terpaksa di tahan oleh pihak polis.

Ada juga anak yang sebegitu rupa. Kasihan! Kasihan bukan kerana seterika yang tertimpa atas badannya, tetapi kasihan melihat perilaku zaman remaja zaman kini. Inilah natijah globalisasi yang terpaksa ditelan. Si anak apabila ditegur, melawan. Sudahnya Allah timpakan balasan segera;”on the spot” pada si anak. Itupun jika ada kesedaran, jika tidak- mungkin si anak akan menyaman si bapa. Hanya kerana teguran yang betul!


10 hari ini juga dilalui dengan kerisauan yang menerjah. Risau pada banyak perkara. Pemikiran yang berjalan-jalan dan proses-memproses. Bukankah fakir fikir; kikir. Jadi semuanya perlukan pemikiran yang tajam. Itu belum termasuk dengan segala falsafah dan “falsampah” yang disumbatkan kepada kami. Pemikiran-pemikiran yang halus-berseni dan dalam tafsirannya. Sesekali “isme”-“isme” yang disumbatkan oleh pensyarah menjadikan pemikiran lagi ligat memikirkan makna di sebalik kata-kata. Isme-isme ciptaan manusia semata-mata. Ideologi-ideologi yang tidak dapat dicedok masuk bulat-bulat dalam pemikiran. Tahun 2010 ini yang pasti --- bahayanya pemikiran-pemikiran dan ideologi-ideologi lebih daripada peluru-peluru yang menembusi jasad-jasad. Perkataan-perkataan yang dilontarkan berbau hamis dengan prejudis dan pemikiran orientalis yang tebal. Itu belum lagi dikira pemikiran sekular yang cuba diselitkan dengan jarum yang paling seni. Ternyata saya tidak tersalah pilih berada di kalangan mereka. Perlu lagi saya sediakan penapis yang ampuh untuk setiap kata-kata yang dilontarkan. Ataupun saya perlu siap siaga dengan teleskop pemikiran yang jernih dan murni bagi mengesan mikroorganisme pemikiran orientalis yang bersarang dalam benak yang memungkinkan beranak pinak kemudian harinya. Kerisauan pada teman-teman yang menerima bulat-bulat pandangan-pandangan yang pesimis dan sensitif sesekali menerjah ruang pendengaran saya. “Perlu ada tindakan dan lontaran kata-kata semula.” - fikir-fikir-fikir –


2010 yang dibuka akan menghambat saya dengan kesibukan. BIG, BKS, PBS, ISL—dan berapa banyak akronim singkatan yang digunakan dalam bidang pendidikan yang saya tempuhi sekarang. Sejujrnya saya tidak sabar merasainya. Yang pasti setiap apa yang berlaku pada tahun ini- saya melihat banyak mehnah dan tribulasi yang bakal ditempuh. Doa saya agar saya dan rakan-rakan dapat menempuhinya bersama-sama.

Oh, ya! Bagi siapa yang mendengar sajak saya “BERTAMU DI KUALA MU” – telah dideklamasikan di radio IKIM dalam ruangan NUKILAN pada hari Isnin lalu. Terima kasih kepada sahabat AD yang memberitahu kerana saya juga tidak mendengarnya. Jadi, tahun 2010- adalah tahun

KEBANGKITAN UNTUK MENULIS !

P/S: saya mungkin akan jarang update blog-
laptop saya sudah bermastautin di bumi kinanah Mesir.