Tuesday, April 28, 2009

MENCARI SALLAHUDDIN AL-AYUBI!

Petang Khamis yang lalu selepas menemani ustazah menziarahi seorang guru pelatih yang juga penghuni blok Gemilang di hospital, saya berlari-lari bersama Ogy ke Bagan. Tidak perlu menunggu lama kerana bas untuk pulang ke Alor Star sudah siap sedia untuk bertolak. Kebetulan hari itu adalah Hari Konvokesyen- biarpun tidak menyambutya ( kerana tidak diadakan di institut) jadi kami hanya berlegar di Istitut melihat pameran yang diadakan di perpustakan. Jadi petang itu, mungkin kerana Hari Khamis jadi kami tidak perlu berebut-rebut bersama penumpang lain. Hanya beberapa penumpang sahaja yang boleh dikira dengan jari. Cuti 3 hari. Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Sempat bersubuh bersama ayah dan bertemu Ustazah Miah. Kebetulan ustazah berada bersebelahan dengan saya dalam saf jemaah. Hanya pertanyaan pendek dan salaman ustazah sahaja yang sempat saya sambut. Jumaat malam, selepas pulang dari menziarahi tok di kampung saya sempat menekan punat televisyen. Setelah lama tidak menonton TV terasa mual pula melihat siaran televisyen yang masih banyak perlu ditapis.

Sebagai penonton, tak semua dapat menilai dan mengambil pengajaran secara rasionalnya. Tambahan pula tidak semua yang menonton dengan tujuan ilmiah. Maklumlah sekadar hiburan. Dan hiburan itulah yang memakan setiap hati dan meninggalkan kesan buruk yang amat sangat- melalaikan !

Kingdom Of Heaven. Tajuk filem berbahasa Inggeris yang saya baru tahu kelmarin tajuknya, sebelum bertolak pulang ke kolej kediaman ( krn ketika menonton saya tak sempat melihat tajuk) .

Saya sempat menontonnya biarpun sudah lama siarannya kerana baru pulang dari kampung. Cerita itu pada mulanya tidaklah menarik yang disangka sehinggalah saya melihat bagaimana filem bertemakan sejarah itu mula bercrita mengenai perang antara Jerusalem menentng satu nama agong dalam dunia jihad Islam – Salahudin Al- Ayubi-

Jujur saya akui bahawa ilmu berkaitan sejarah Salahuddin al-Ayubi dan perang-perang yang disertainya adalah terhad dalam pengetahuan saya. Lalu cerita itu saya selami sehinga ke penamatnya ( biarpun bersambung selepas Nightline ). Saya melihat dimana seorang tukang besi yang sedaya upaya menjaga Jerusalem daripada serangan tentera Islam/ Salehuddin Al-Ayubi. Bagaimana cerita itu diolah dengan kesan pergerakan dan aksi ketika perang yang memang menarik hati sesiapa yang melihatnya.

Bagaimana cerita itu diolah sehingga saya merasakan cerita itu solah-olah menghina Islam. Apakan tidak, filem itu menggambarkan kekejaman tentera Islam sehingga tidak berhati perut ingin menawan Jerusalem sehingga mengorbankan kanak-kanak dan kaum wanita. Mereka memanipulasikan kanak-kanak dan wanita Kristian yang tekepung di kota Jerusalem bagi mmbangkitkan simpati penonton. Cerita itu juga membayangkan bagaimana seorang panglima Islam iaitu Salehuddi Al-Ayubi yang tidak berhati perut dan tanpa belas kasihan meletakkan Raja Jerusalem ( yang hanya berseluar pendek) diletakkan di atas keldai dan dipertontonkan kepada khalayak bala tentera musuh sebagai menaikkan kemarahan musuh. Dan kononnya perjuangan mereka mempertahankan kota Jerusalem itu sesuatu yang amat mulia dan menyalahkan tentera Islam yang menganggu gugat kedamaian dan ketenteraman mereka. Selain itu, filem itu turut menggambarkan bagaimana tentera-tentera Islam akan berhibur di malam hari dengan mengelilingi uggun api dan berdondang sayang bersama alat muzik mereka sementara menunggu ke medan perang keesokan harinya. Wah! Senang betul tentera Islam ketika itu!

Apakah mereka tidak mengetahui bahawa bukan calang-calang orang Islam yang dipilih sebagai mujahid dalam menyertai setiap peperangan dalam Islam. Tidak tahukah mereka bahawa fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Sejarah telah mencatatkan bahawa semangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Ia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad ia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yang memerhatikannya akan dapat melihat apabila ia telah memulakan jihat melawan tentera salib ia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya. Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh tangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelusuk tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.

Apakah mereka tidak mengetahui bahawa Salahuddin Al-Ayubi yang sebenar-benarnya adalah pahlawan yang amat penyayang dan belas kasihan. Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tentera Salahuddin sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.


Namun kenyataan yang dipertontonkan amatlah berbeza. Itu belum lagi skrip yang diucapkan ketika perang telah tamat, dan perjanjian damai diadakan dengan seluruh rakyat Jerusalem ditawarkan keluar ke negara-negara Kristian dengan selamat, tukang besi yang juga kesatria Kristian itu bertanya kepada Salauddin Al-Ayubi- Apakah nilai Jerusalem? Dan Salahuddin Al- Ayubi yang dilakonkan itu menjawab – Tiada apa-apa.

Skrip diatas benar-benar membuatkan saya terfikir. Seolah-olah Islam hanya datan menawan dan menghalau tanpa mengetahui nilai sesuatu tempat. Sedangkan di Palestine tersebut terdapatnya Masjid Al-Aqsa yang merupakan kiblat pertama dalam Islam dan disitu juga berlakunya Isra’ Mikraj. Dan diakhir ending cerita dituliskan bahawa- Setelah 1000 tahun, Jerrusalem tidak pernah aman biarpun dibawah Kerajaan Langit.

Seharusnya cerita itu tidak ditayangkan di negara Malaysia ini. Tidak juga bagi tontonan umum. Terutama bagi yang beragama Islam sehausnya lebih peka dan sensitif dengan perkembangan yang berlaku. Jika anda seperti saya yang tidak mengetahui secara mendalam sejarah Perang Salib dan kebenaran yang hakiki, anda mungkin juga menerima bulat-bulat setiap apa yang dilakonkan oleh filem Kingdom Of Heaven itu. Dan yang pasti bagi yang bukan beragama Islam pula sudah tentu terus-terusan membenarkan kenyataan musuh Islam bahawa Islam itu agama kekerasan.


Berbahagialah bagi mereka yang menilai dan diberikan Hidayah dan Taufiq oleh ALLAH.


Dan sehingga blog ini ditulis saya masih lagi megkaji Perang Salib dan menelusuri Perjuangan Salahuddin Al- Ayubi.

Saya mencari Salahuddin!

1 comment:

LanaBulu said...

Cikgu Nurul,
Bijak cikgu menyusun kata2 ..tahniah namun kalau boleh diringkaskan atau dibuat beberapa post mengenai tajuk yang sama adalah lebih baik..rasanya je sbb kalau terlalu panjang..penumpuan para 'penjenguk blog' rasanya mensasar..
Anyway tahniah..dan biarlah "kita" sama2 belajar dari komen2 yg diberi..