Wednesday, April 15, 2009

HARGAILAH MEREKA!

Assalammualaikum ...

selawat dan salam keatas junjungan nabi muhammad s.aw., para sahabat serta keluarga baginda. Sudah lama tidak menebarkan kata. Sibuk? bukanlah satu konotasi asing yang dapat dijadikan alasan. Sebenarnya banyak yang berlaku sepanjang ketiadaan di dalam blog ini. Cerita? kata-kata terlalu banyak kata-kata yang mahu diucapkan. TetapI sekadar terpendam di dasar hati dan selebihnya..... berada dalam kertas.

Bermula dengan awal bulan 3, membuka naskhah baru sebagai seorang yang kononnya memegang tittle dewasa. huhuhu padahal umur bukan satu ukur kematangan. Melawati arkib di KOMTAR, menadah kitab BEKAL AKHIRAT, Usroh generation, pulang kekampung cuti dan sambutan perkahwinan sepupu yang meriah, berkejar-kejaran bersama tugasan dan kertas kerja, berlari ke Pos Brooke Gua Musang menjalankan kajian luar serta menyelesaikan segala amanah yang diberikan. Gotong-royong yang dijalankan di asrama serta Hari Terbuka Kolej Kediaman yang bukan meminta komitmen yang bukan sedikit.

Rentetan masa yang berlalu amat singkat. Terasa semalam hari rabu dan kini hari rabu kembali. Esok pula pakaian rasmi adalah pakaian pendidikan jasmani. Seperti kebiasaan hari khamis. Masih ada laporan yang belum dikemaskini dan dihantar. Itulah puncanya kerja bertangguh. Yang pasti ada banyak pengalaman yang dikutip sepanjang perjalanan satu semester ini. Peperiksaan akan menjelma pada awal bulan 5. Ada masa untuk memanfaatkan waktu dengan pena dan kertas. Bila lagi? Bila lagi mahu mencipta kejayaan!!!!!!!!!!!!!

Jika mahu diceritakan berkenaan Kampung Orang Asli Pos Brooke, terlalu banyak yang ditempuh. Bukan kerana isi kajian yang dikaji tetapi kerana perjalanan sepanjang berada disana adalah yang terbaik perlu untuk dinilai. Ada penilaian yang dapat disimpulkan. Kenali hati budi rakan-rakan.. dan terserlah siapakah rakan diwaktu susah dan siapakah kawan waktu senang. Terserlah....

Andai selepas ini mahu menyimpan dendam mahupun membenci seseorang, maka berfikirlah buat kali kedua dan ketiga. Kerana kemungkinan anda tidak berpeluang menuturkan kalimat kemaafan jika kita yang pergi dahulu menghadapi sakaratul maut. Dan jika bukan kita maka minta maaflah segera kerana anda tidak akan tahu andai dia yang dibenci pergi selamanya. Hargailah setiap apa yang ada disekelilingmu. Siapa sahaja hatta dia adalah sekadar kenalan senyuman di jalanan. Selepas hampir saban waktu berjumpa anda tidak tahu bilakah perpisahan terakhir akan berlaku.

Dan andai diberi peluang kedua, maka rebutlah!. Hargai sahabat anda dan sayangi mereka. Tebarkan kasih sayang dan pedulikan kebencian dan umpat kata orang, kerana mereka akan menyedari bahwa ada kasih yang timbul dihati mereka kepada kita apabila kita tiada kelak di dunia yang fana ini.

SAYA SAYANG SEMUA...
DAN SAAT SAYA MENUTUP MATA SAYA TIDAK MEMINTA APA2 SELAIN DOA KALIAN...

Kepada mereka yang pernah hadir dalam hidup saya,
maafkan saya......


Telah kusimpan naskhah
dalam gebar hati
cerita perihal kalian
pada Tuhan
hanyalah kata2 murni
dan doa mulia
agar sejahtera dan bahagia...

nur...

1 comment:

Anonymous said...

salam singgah...kak dayah ble nk skype g??
hak3...