Thursday, December 4, 2008

RESEPI LONTONG IBU

salam semua...( walaupun saya tahu tiada siapa yang nak baca blog nih)
sebenarnya resepi ini tiada kaitan dengan blog ini sama ada untuk tujuan menjadikan blog ini resepi style atau kelas memasak. Tapi itulah untuk abang tersayang yang tinggal jauh di Bumi Anbiya' mesir jadi memerlukan satu ruang kosong untuk saya mewajibkan diri mengeluarkan entri resepi ibu ini- buat cikdin inilah blog terbaru adik. SELAMAT DATANG
Kesian buat abangku kerana tiada lagi air tangan ibu yang dapat dirasainya. Mesti rindukan?
Insyaallah nanti kalau nak resepi ibu lagi adik cuba post outkan. Kalau tak dekat fs kat sini jelah. Lagipun sapalah nak masuk bloh nih ye tak kalau abangku yang tersayang hehehe_)
Jadi ini RESEPI LONTONG IBU khas untuk CIKDIN


RESEPI UNTUK LONTONG
(10 0rang)

Kuah Lontong

santan 1/2kilo
sayur pucuk
garam
kunyit
bunga kubis
sup hoon
lobak merah
tauhu 5 biji
tempe ( kalau ada bubuh jer)
jagung muda( yg kecil tue)

cara masak:
Chef besar cakap masuk semua dalam periuk. Kunyit sikit, garam sikit( kalau nak pedas letak cili cabai melaka sikit). Lepas tu kacau kemudian dah nak masak sikit letaklah suphoon. Pandai-pandailah abangku bajet ye. huhuhuu

Nasi Impit
2 pot nasi ( masak nasi sampai lembek, lepas masak letak dalam bekas dan impit-impitkan dgn plastik masa panas-guna tgn tau)
atuk cakap- kalau kat sana ada kedai antarabangsa malaysia huhuhu ayat tok power jugakkan?
beli jer nasi impit yang siap dalam plastik tue. Rebus masak dan hidang.

Sambal Pedas
Sama macam sambal buat nasi lemak yang ibu kirimkan hari tu.

SELAMAT MENCUBA
Sebenarnya cikdin pun rasanya pernah tengokkan ibu masak semua ini? Cubalah dulu tapi nanti
adik rasa lepas nih memang kena buat buku resepi khas untuk CIKDIN TERSAYANG huhuhu

5 comments:

FuzAma said...

salam dik...bagus blog adik.banyak info. tahniah!akak dah add blog adik dlm list. akak dah jawab soalan kat akak k. thanks.salam perkenalan.

Shamsul Amin said...

Siapa kata takde orang nak pergi blog ni... adalah... hehe... teringin pula nak makan lontong, tapi tak balik kampung. Apa-apapun teruskan menulis ya Kak Nur...

'sNatasha.M' said...
This comment has been removed by the author.
nor said...

aslmkm..adik..bgs blog adik ni..da la bnyk info sal mknn..akak ske try masak...hehe..tq tau....=)

Bermulanya Satu Episod said...

MINTA IZIN YE SAYA AMBIL RESEPINYA..