Wednesday, April 15, 2009

TELAH BISU KATA-KATA

Mata terbuka dan alam menyapa
sampaikan salam pada langit
menerusi bayu yang dipuput lembut
tatkala ada gugurnya kelopak rindu
dan senyum simpul sebuah persahabatan
serta ngilu yang pedih

pandanglah pada mata hati
hakikat iman dan penghargaan
aliran lembut nafas disedut
juga darah yang mengitari jasad hidup
adalah ketawa dari dua benua
berbeza.

Andai engkau tahu
dihadapanmu adalah mayat hari esok
kau takkan bercerita tentang dunia
serta isinya
kerana ketika itu yang ada hanyalah
bisu kata-kata...


nur,iptb 12.05p.m

No comments: