Saturday, January 31, 2009

CATATAN HATI

Entah mengapa masa amat mencemburui diri ini. Atau adakah saya sendiri yang tidak tahu menghargai betapa nilainya masa itu sendiri. Dan berharganya setiap detik dan saat untuk saya habiskan dengan segala hal yang tidak berfaedah.


Esok asrama memanggil-manggil saya untuk meneruskan pengajian. Berperang dengan tugasan dan kertas kerja. Laporan serta "presentation". Menunggu di bilik asrama dan kuliah. Juga mungkin esok saya akan gagahkan hati untuk tersenyum dengan lebih mesra. Ada sesuatu yang berperang dalam diri saya kini. Ah! sebenarnya bukan kini tapi semenjak dahulu lagi.
Jiwa Kacau!

Saya belajar banyak minggu ini. Jika ditanyakan apakah yang saya belajar dengan cuti yang dihabiskan masa bersama insan-insan yang disayangi, saya pasti akan tersenyum. Saya mungkin anak-anak kecil yang baru mengenal dunia. Namun saya punya penilaian tersendiri atas apa segala yang berlaku.

Palestine masih lagi berdarah. Ada mujahid dan mujahidah yang melaugkan kalimah JIHAD di bumi barakah itu. Ada darah syuhada' yang harum menglalir. Dan anak-anak kecil yang menangis hiba namun hatinya sudah kental dengan rasa perjuangan. Namun di sini ada lagi yang berbangga menjejaki kaki menempah peluru untuk dikirimkan buat anak-anak palestine di
Mc Donalds, KFC mahupun Starbucks. Biarpun sudah beberapa pesanan dikirimkan untuk memboikot barang-barang keluaran Amerika itu. Amerika yang menjadi sahabat terakrab dengan Israel. Juga yang menjadi tulang belakang Yahudi Laknatullah. Ada lagi manusia yang beratur memesan makanan di kaunter-kaunter makanan segera itu. Aduhai... kasihan amat kasihan. Bahasa apakah yang perlu dijelaskan lagi kepada mereka.

Cuti ini biarpun berlalu dengan segera tetapi amat perlahan pergerakan minda saya. Jumud. Pengap. Andai saya punya waktu untuk melontarkan segala yang tersimpan dan terpendam, saya kira waktu itu adalah hari-hari sibuk saya menyelesaikan tugasan. Ilham datang tatkala saya diulit kegelisahan dan juga kesibukan. Bukannya masa senggang.

Dalam waktu dan detik yang terdesak ini , masih ada masa lagi untuk mereka meminta hati saya. Untuk mereka penuhi dengan kasih manusia yang sementara. Saya belum bersedia untuk segala macam dugaan dan perasaan. Segala macam karenah dan pemikiran. Saya perlukan lebih banyak ruang untuk bernafas dengan aman. Bukan memikirkan soal perasaan, hati dan jiwa. Masalahnya bukan sekarang! Cukuplah ALLAH bagi saya dalam setiap keadaan dan detik.

Thursday, January 22, 2009

KEJAMNYA BANGSA BERNAMA ISRAEL!!!

Israel tembak budak di kepala
Peluru melekat di otak dipercayai kesan tembakan jarak dekat: Doktor

KAHERAH: Doktor yang mengendalikan satu-satunya mesin pengimbas otak di hospital di Mesir berhampiran Gaza terkejut apabila mendapati ramai kanak-kanak Palestin yang tiba dengan peluru berada di dalam kepala.
pendeta Yahudi mengeluarkan kenyataan agama membolehkan wanita dan kanak-kanak Palestin dibunuh dan mengampunkan setiap penduduk Yahudi yang melakukan jenayah itu.
Tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis di Semenanjung Gaza selari dengan ajaran Yahudi menganggap pembunuhan itu sebagai ‘hukuman besar ke atas musuh.’
10 kali lebih dahsyat gempa bumi


Kemusnahan di Genting Gaza digambarkan 10 kali lebih dahsyat daripada gempa bumi.
Ratusan juta dolar diperlukan membantu 1.4 juta penduduk di Gaza manakala berbilion dolar bagi infrastruktur.

Kemusnahan yang berlaku di Genting Gaza akibat bedilan Israel selama lebih tiga minggu, digambarkan sebagai sepuluh kali lebih dahsyat daripada gempa bumi.

Israel adalah bangsa yang zalim dan kejam! Selama beberapa minggu melancarkan serangan bertubi-tubi bukan sahaja yang melibatkan pos ketentran, tetapi turut memusnahkan hospital, kawasan perkuburan, sekolah dan rumah-rumah awam. Masyarakat dunia hanya memandang di kaca-kaca televisyen dan berbisik...."Oh! Kasihan!"

Doa kita sebagai seorag muslim keatas saudara seaqidah adalah menjadi farhu ain buat semua. Lafazkan qunut nazilah dan titipkan doa ikhlas buat mujahidin Palestine serta Islam di bumi Palestine.. Allahakbar!